Friday, 28 August 2015

Ayam segar


Ayam segar ditimbang bagi menentukan harga, Harga tidak menentu oleh itu anda boleh whatsapp saya di talian 019-4475967 (Nizam) untuk bertanyakan harga terlebih dulu.Kebiasaanya harga kami lebih rendah dari harga pasaran.


Setelah ditimbang, ayam akan dipotong mengikut kehendak pelanggan.



Ayam akan segera dibungkus supaya tidak terdedah kepada suhu bilik yang mengakibatkan pembiakan bakteria dan disimpan di dalam peti sejuk pada suhu -18 darjah celcius.

Cara kami proses ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah.

Ayam segar dibasuh dengan  tepung dan garam supaya ayam tidak berbau.

Setelah ayam dibasuh, ayam digaul dengan rempah. Kami sentiasa menjaga kebersihan dengan memakai sarung tangan plastik.

Ayam akan ditimbang sebelum dibungkus bagi menentukan harga.Kami menggunakan penimbang yang berlesen dan didaftarkan. Harga bagi sekilogram ayam goreng berempah adalah RM 14.Harga kami adalah lebih rendah jika dibandingkan di pasar raya besar.

Ayam goreng berempah sedia untuk dipasarkan kepada pengguna. Setiap pek mengandungi 6 ketul ayam pada berat yang berbeza. Kebiasaanya 1 pek seberat 750 gram yang berharga RM 10.50.

 
 



Wednesday, 19 August 2015

Mengenai kami

Syarikat Bumiputera Melayu.


Syarikat kami didaftarkan atas nama Isma Nizam Idris Enterprise (KC0030323). Sebelum ini kami hanya menjalankan kegiatan membekalkan ayam kepada pemborong dalam kuantiti yang banyak. Justeru itu kami ingin mengembangkan perkhidmatan kami kepada masyarakat umum dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ayam segar ke rumah anda di samping mempromosikan produk terbaru kami iaitu "ayam goreng berempah (frozen)". Buat masa ini perkhidmatan kami hanya di kawasan Sungai Petani.

Produk kami

Ayam segar

Daging ayam tidak boleh terdedah kepada suhu bilik kerana akan menyebabkan pembiakkan bakteria. Oleh itu, syarikat kami sedaya upaya memastikan pengendalian ayam kami di tahap yang baik. Setelah ayam diproses kami akan membungkus ayam agar tidak terdedah kepada udara tercemar dan dimasukkan ke dalam peti sejuk beku pada suhu -18 darjah celcius. Kami memproses ayam mengikut permintaan bagi mengelakkan lebihan stok.


 Ayam goreng berempah (frozen)

Ayam goreng berempah kami menggunakan ayam segar yang diperap di dalam adunan rempah ratus resepi turun temurun keluarga. Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menyediakan ayam goreng berempah hanya beli produk kami, goreng dan makan. Anda patut mencubanya hari ini

Home Delivery

Perkhidmatan penghantaran ke rumah



Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke pasar untuk membeli ayam. Anda hanya perlu membuat tempahan di talian 019-4475967 (nizam) dan kami akan terus menghantar pesanan anda ke rumah. Memandangkan harga ayam tidak menentu anda boleh menghantar mesej kepada saya melalui whatsApp untuk memastikan harga terkini. Buat masa ini syarikat kami beroperasi secara online dan penghantaran kami terhad di dalam kawasan sungai petani sahaja. Minimum order 1 ekor ayam. Caj penghantaran termasuk di dalam harga barang.